Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

14 Maut, Hospital Peskait Covid-19 Terbakar Di Macedonia Utara

BELGRADE, 9 Sept – Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban dan lebih 20 lagi cedera dalam kebakaran sebuah hospital pesakit COVID-19 di bandar Tetovo, barat laut Macedonia Utara, lapor Sputnik.

Menurut penyiar Alsat, seramai 30 anggota bomba bergegas ke lokasi bersama tujuh jentera.

Menteri Kesihatan Venko Filipce berkata api telah dipadamkan dan mereka yang cedera dihantar ke Skopje.

— BERNAMA