Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

18 Penuntut UPNM Didapati Bersalah Kerana Membunuh, Bersubahat Dan Mencederakan Zulfarhan

Akhirnya nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditentukan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan bahawa kesemua mereka didapati bersalah.

Menurut laporan Astro Awani, 12 daripada tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan arwah. Pertuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Manakala enam daripada mereka terbukti bersalah membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham Zulfarhan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara dan denda jika disabit kesalahan.

Mahkamah kini sedang memberi ruang untuk rehat sebentar dan hukuman terhadap kesemua tertuduh akan diumumkan Hakim sebentar lagi setelah mahkamah bersidang semula.

Sumber: Astro Awani