Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

2 Maut Manakala 12 Cedera Dalam Kemalangan Taman Tema Di Sichuan, China

Gambar Hiasan

CHENGDU (China), Dua terbunuh manakala 12 lagi cedera termasuk enam kanak-kanak dalam kemalangan di sebuah taman tema di Chengdu, China lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Khamis.

Seramai 14 pelancong termasuk enam remaja terjatuh ketika bermain gelongsor sepanjang 235 meter dalam satu kejadian kira-kira pukul 5 petang Rabu, menurut saksi.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital tempatan dan siasatan telah dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, kata pejabat komuniti Taiping di daerah Tianfu.

Susulan itu, polis mengarahkan taman berkenaan ditutup dan pihak pengurusan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

— BERNAMA