Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

20 Jenis Penyakit Ini Tidak Boleh Diiklankan Sebagai Tuntutan Perubatan Termasuk Jantung & Kencing Manis

Jika kita lihat di media sosial kebelakangan ini, pelbagai jenis produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi mendakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Menurut laman Facebook Duta Kenali Ubat Anda, ada 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan sebagai tuntutan perubatan. 20 penyakit tersebut adalah:

  1. Buah pinggang

  2. Jantung

  3. Batuk kering

  4. Kencing manis

  5. Darah tinggi

  6. Urat saraf

  7. Penyakit venerus

  8. Lemah fungsi seks

  9. FRIGIDITI

  10. Kemandulan

  11. Kusta

  12. Penyakit mata

  13. Pekak

  14. Kanser

  15. Hernia

  16. Asma/Lelah

  17. Sakit mental

  18. Sawan

  19. Lumpuh

  20. Ketagihan dadah

Satu kapsul mampu merawat 1001 penyakit… biar betul!…

Setiap pesakit pasti akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merawat penyakit yang dihidapinya. Penyakit-penyakit kronik tidak boleh dirawat hanya dengan memakan ubat yang diiklankan dengan pelbagai tuntutan perubatan yang meragukan. Berjumpalah dengan pengamal perubatan jika anda mengidap penyakit terutamanya penyakit kronik.

BERHATI-HATI TERHADAP TUNTUTAN IKLAN UBAT YANG BERLEBIHAN!

Penjual ubat-ubatan pula, elakkan mengiklankan iklan ubat yang melibatkan pencegahan, rawatan dan diagnosis terhadap 20 jenis penyakit. Dapatkan kelulusan iklan ubat daripada Lembaga Iklan Ubat. Iklan tanpa kelulusan adalah satu kesalahan. Jika sabit kesalahan anda boleh dikenakan denda ATAU Penjara ATAU kedua-duanya sekali! Iklan ubat untuk pencegahan, rawatan dan diagnosis 20 penyakit adalah tidak dibenarkan sama sekali!

Jadilah penjual yang bertanggungjawab.

#biarbetuliklanni #adaKKLIUbaruOK #jualubatberdaftar

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my

Sumber: Duta Kenali Ubat Anda