Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tiada Kategori

21 Tahun Inovasi: Honda Malaysia Teruskan Legasi Hibrid Dengan HR-V Baharu yang Lebih Sempurna

Amira

Shah Alam, 17 Julai 2025 – Honda Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan HR-V Baharu, versi terkini bagi SUV B Bukan Nasional No.1 negara yang terkenal dengan gaya yang berani, ciri pintar, dan DNA pemanduan menyeronokkan.

Model baharu ini memperkukuh lagi kedudukan Honda dalam kategori SUV segmen B dengan menawarkan reka bentuk luaran yang lebih elegan, ruang dalaman yang praktikal, kesambungan canggih, serta ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya untuk semua varian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Narushi Yazaki berkata, “Hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan HR-V Baharu, evolusi berani SUV kegemaran rakyat Malaysia yang menggabungkan gaya sporty, inovasi, dan kepraktisan pintar untuk memenuhi keperluan pemandu masa kini.

Dengan lebih 170,000 unit terjual sejak pengenalannya pada tahun 2015 dan penguasaan pasaran sebanyak 41%*1 dalam segmen SUV B Bukan Nasional, HR-V telah mendefinisikan semula apa itu SUV kompak sebenar.”

Encik Yazaki turut menambah, “Pelancaran ini juga menandakan detik bersejarah apabila kita menyambut 21 tahun kepimpinan teknologi hibrid Honda di Malaysia – satu perjalanan penuh inovasi dan komitmen terhadap mobiliti lestari.

“Daripada menerajui teknologi hibrid maju hinggalah kepada penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas pelanggan, HR-V mencerminkan aspirasi Honda untuk menyediakan mobiliti yang maju, dipercayai dan menyeronokkan.

“Kami yakin, HR-V Baharu bukan sekadar kenderaan, tetapi rakan perjalanan yang tiada tandingan – memberi inspirasi kepada kebebasan dan mencipta detik yang akan dikenang selamanya. Inilah maksud The Power of Dreams dan How We Move You.”

HR-V Baharu menampilkan Gril Hadapan serba baharu yang digabungkan dengan Lampu LED Penuh bersama fungsi Active Cornering Light*2, serta Jalur Lampu Belakang LED yang menyerlahkan penampilan moden dan yakin. Semua varian kini didatangkan dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci, menambah gaya tegap pada siluet SUV ini. Varian e:HEV RS turut dilengkapi Pakej RS yang sporty, menyerlahkan lagi penampilan berinspirasikan prestasi.

Di ruang dalaman, pelanggan akan menikmati kabin yang lebih halus dan praktikal, dengan keutamaan kepada keselesaan dan kemudahan penggunaan.

Varian e:HEV RS hadir dengan tempat duduk bercetakan RS yang sporty. Konsol tengah direka semula dan kini dilengkapi pengecas tanpa wayar*2 untuk meningkatkan kemudahan harian. Unit Paparan Audio Terapung 8 inci baharu memudahkan visual dan penggunaan.

Sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar kini standard bagi semua varian, lengkap dengan port USB-C di bahagian depan dan belakang kabin. Sistem Air Diffusion khas Honda pula memastikan aliran udara dalam kabin lebih seimbang dan selesa.

Walaupun bersaiz kompak, HR-V Baharu menawarkan ruang dalaman luas yang setanding dengan kenderaan dalam segmen lebih tinggi – menjanjikan keselesaan dan fleksibiliti maksimum kepada pemandu dan penumpang.

Di sebalik reka bentuk bergaya, HR-V Baharu hadir dengan tiga jenis enjin untuk memenuhi pelbagai gaya pemanduan. Enjin 1.5L DOHC i-VTEC petrol menghasilkan 121PS dan 145Nm tork, menawarkan keseimbangan antara kepraktisan dan kecekapan – sesuai untuk kegunaan harian.

Bagi mereka yang inginkan prestasi lebih mengujakan, enjin 1.5L VTEC Turbocharged menghasilkan 181PS dan 240Nm tork – memberikan pecutan lancar dan pengalaman pemanduan menyeronokkan yang melambangkan DNA prestasi Honda.

Sementara itu, enjin 1.5L e:HEV yang canggih menawarkan 131PS dan 253Nm tork dengan prestasi hibrid yang lancar serta peralihan automatik antara mod EV, Hibrid dan Enjin yang hanya terdapat pada sistem e:HEV Honda.

HR-V Baharu juga menawarkan tiga mod pemanduan – ECON, Normal dan Sport – bagi membolehkan pemandu menyesuaikan pengalaman pemanduan mengikut keadaan dan citarasa. Sama ada di jalan bandar atau lebuh raya hujung minggu, HR-V Baharu menyesuaikan diri dengan lancar mengikut situasi.

Seperti tradisi Honda, model ini terus mengutamakan kecekapan bahan api tanpa menjejaskan prestasi pemanduan. Ia adalah lambang sebenar falsafah fun-to-drive Honda – lincah, berkuasa dan meyakinkan dalam setiap perjalanan.

Aspek keselamatan dan kesalinghubungan terus menjadi keutamaan Honda. HR-V Baharu kini dilengkapi Honda SENSING sebagai ciri standard untuk semua varian, termasuk ciri Adaptive Driving Beam*2. Untuk pengalaman pemanduan lebih lengkap, sistem Honda CONNECT kini turut ditawarkan untuk varian S dan E, membolehkan lebih ramai pengguna menikmati fungsi kenderaan pintar yang disediakan.

Dengan permintaan SUV yang terus meningkat, Honda yakin HR-V Baharu akan menetapkan penanda aras baharu dalam tahun-tahun akan datang. Menambah kepada reka bentuknya yang menarik, HR-V Baharu kini hadir dengan dua warna baharu yang menonjol – Phoenix Orange Pearl4 dan Crystal Black Pearl.

Warna lain yang turut ditawarkan ialah Platinum White Pearl4, Meteoroid Gray Metallic dan Stellar Diamond Pearl.

HR-V Baharu kini boleh dilihat dan diuji pandu di semua pengedar sah Honda di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

*1 Januari hingga Mei 2025
*2 Untuk varian RS sahaja
*3 Harga atas jalan tanpa insurans. Tertakluk kepada perubahan tanpa notis
*4 Warna Phoenix Orange Pearl dan Platinum White Pearl dikenakan caj tambahan sebanyak RM800