Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

22 Pasar Tani Di Selangor Dibuka Secara Berperingkat – Izham

Gambar: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor Ir Izham Hashim (tiga, kanan) dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Selangor Abdul Rashid Bahri (dua, kanan) meninjau tahap pematuhan prosedur operasi standard pengunjung Pasar Tani Pekarangan Stadium Shah Alam.

SHAH ALAM, 31 Jan (Bernama) — Pasar tani di Selangor akan dibuka semula secara berperingkat bagi memastikan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dapat diikuti oleh semua pihak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Ir Izham Hashim berkata buat masa ini, sebanyak 22 daripada 48 pasar tani yang berdaftar di seluruh negeri itu akan dibuka kepada orang awam.

“Pembukaan semula pasar tani ini akan dimulakan dengan Pasar Tani Stadium Shah Alam, hari ini. Insya- Allah publisiti pembukaan ini akan kita lakukan lebih kerap bagi membantu peniaga kita khususnya dalam memasarkan produk pertanian serta barang mentah seperti daging dan lain-lain.

“Kita buka secara berperingkat berdasarkan keadaan semasa penularan COVID-19,” katanya selepas meninjau pelaksanaan SOP di Pasar Tani Stadium Shah Alam, hari ini.

Katanya, sejak dua minggu lepas, pasar tani di negeri ini tidak dibenarkan beroperasi bagi membolehkan pihaknya menyemak semula SOP pengoperasian pasar tani.

— BERNAMA