Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

2,500 Unit Rumah MADANI Bakal Dibina Di Belfield, 70 Peratus Untuk Bumiputera – PM Anwar

Rumah MADANI
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI akan dibina di atas tanah kerajaan seluas hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebanyak 70 peratus daripada unit rumah berkenaan akan dikhususkan untuk golongan Bumiputera.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut menyatakan hasrat supaya tanah berkenaan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan mengambil kira keperluan rumah mampu milik serta kepentingan Bumiputera.

Intipati
  • Anwar mengumumkan sekurang-kurangnya 2,500 unit Rumah MADANI bakal dibina di Belfield.
  • Sebanyak 70 peratus unit rumah berkenaan akan dikhususkan kepada golongan Bumiputera.
  • Anwar mahu PNB membangunkan tanah itu dengan mengambil kira rumah mampu milik.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan