Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

The Chicken Rice Shop (TCRS) meraikan ulang tahunnya yang ke-26 dengan melaksanakan pembaharuan jenama di seluruh negara, merangkumi penampilan terkini maskotnya, rekaan seragam kakitangan yang baharu, menu bercetak yang dikemas kini serta pilihan hidangan baharu yang mencerminkan perkembangan TCRS sebagai sebuah jenama yang menawarkan lebih daripada hidangan nasi ayam. Pembaharuan ini turut menyaksikan pengenalan rangkaian produk berjenama yang lebih luas, termasuk Sambal Chilli Crunch keluaran TCRS sendiri, sekali gus memberikan rakyat Malaysia lebih banyak cara untuk menikmati cita rasa kegemaran yang cukup dikenali.
Walaupun nasi ayam kekal sebagai nadi TCRS, sambutan ulang tahun ini turut menjadi peluang untuk meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia yang telah menjadikan TCRS sebagai sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam kalangan keluarga Malaysia sejak beberapa generasi. Selain hidangan ikonik Nasi Ayam Hainan, TCRS terus memperkenalkan pembaharuan dalam menunya menerusi pelbagai hidangan baharu yang menarik, termasuk Boneless Crispy Roast Chicken, Strawberry Kunafa Pai Tee, BBQ Chicken Mayo Pai Tee dan Cakoi with Pandan Gula Melaka. Bersama rangkaian produk berjenama yang diperluas, penambahan ini menunjukkan komitmen TCRS untuk mengekalkan cita rasa yang dikenali dan digemari rakyat Malaysia, di samping memperkenalkan pengalaman baharu yang terus menarik keluarga untuk kembali menjamu selera.

Menurut Puan Jane Wong, Timbalan Pengurus Besar The Chicken Rice Shop Restaurants Sdn. Bhd., sambutan ulang tahun ini menjadi peringatan tentang perkembangan jenama TCRS dan bahawa masih banyak lagi yang bakal ditawarkannya.
“Sejak 26 tahun lalu, The Chicken Rice Shop telah menjadi sebahagian daripada pelbagai detik bermakna dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, dan kami amat menghargai sokongan yang terus diberikan kepada kami. Pembaharuan ini bukan sekadar menampilkan wajah baharu TCRS, malah turut menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa masih banyak lagi yang boleh diterokai bersama kami, daripada hidangan baharu hinggalah cara baharu untuk menikmati cita rasa kegemaran kami di rumah,” kata Puan Jane Wong.
Selain pembaharuan jenama, TCRS turut meraikan pencapaian penting ini dengan memperkukuh komitmennya untuk terus menyumbang kepada masyarakat. Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, TCRS telah menaja lebih 7,000 hidangan setiap tahun kepada rumah anak yatim, pertubuhan kebajikan dan pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Inisiatif ini mencerminkan kepercayaan TCRS bahawa hidangan yang baik sewajarnya dapat dinikmati oleh setiap komuniti, bukan sekadar para pelanggannya.
Sejak membuka restoran pertamanya pada tahun 2000, TCRS telah berkembang menjadi salah satu jenama restoran kasual tempatan yang paling dikenali di Malaysia, dengan lebih 160 cawangan di seluruh negara pada hari ini. Berbekalkan asas kukuh ini, TCRS kekal komited untuk memastikan hidangan yang dikenali ramai pada harga berpatutan lebih mudah dinikmati oleh rakyat Malaysia. Sehubungan itu, TCRS kini memperluas rangkaiannya ke pusat beli-belah kejiranan, pasar raya besar dan kawasan Rehat dan Rawat (R&R), agar jenama tersebut sentiasa dekat dengan rakyat Malaysia, sama ada di kawasan kediaman, ketika membeli-belah mahupun dalam perjalanan.
Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun bersama pelanggan di seluruh negara, TCRS turut melancarkan kempen Merdeka tahunannya yang berlangsung mulai sekarang hingga 20 September 2026. Sebagai hadiah Hari Kebangsaan daripada TCRS kepada rakyat Malaysia, kempen ini memperkenalkan Kombo Merdeka istimewa pada harga RM16.90, yang terdiri daripada satu hidangan ayam dengan pilihan kukus, panggang atau kicap, nasi ayam, pilihan Keropok Lekor atau Rojak Penang serta minuman ringan bersaiz 12 oz. Tawaran ini memberikan seisi keluarga peluang untuk berkumpul dan menikmati hidangan tempatan kegemaran pada harga yang berpatutan.
Puan Jane Wong menambah bahawa detik penting ini bukan sahaja meraikan perjalanan TCRS sepanjang 26 tahun, tetapi juga hala tuju dan perkembangan jenama tersebut pada masa hadapan.
“Selepas 26 tahun, kami tetap The Chicken Rice Shop yang sama dan terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia. Kami sekadar memperkenalkan cara-cara baharu untuk memberikan yang terbaik kepada mereka, sama ada melalui cita rasa baharu dalam menu kami mahupun menerusi pelbagai usaha kecil untuk membalas sokongan komuniti yang telah bersama kami sepanjang perjalanan ini”
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thechickenriceshop.com atau ikuti halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.