Utama

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

Tip

Trivia

Berita

Berita

Tip

Sukan

31 Tentera Israel Terbunuh Akibat Ditembak Rakan Sendiri – Laporan
Sekurang-kurangnya 31 tentera Israel dilaporkan terbunuh akibat tembakan sendiri dalam operasi ketenteraan darat yang sedang berlangsung di Genting Gaza, menurut laporan Radio Tentera Israel pada Jumaat lalu.
Menurut siaran tersebut, jumlah keseluruhan kematian akibat insiden berkaitan operasi sejak pencerobohan darat dilancarkan pada Oktober 2023 mencecah 72 orang.
Angka ini mewakili kira-kira 16 peratus daripada keseluruhan 440 kematian tentera Israel dalam operasi darat setakat ini.
Laporan itu turut memperincikan punca-punca kematian operasi tersebut, termasuklah
1. 31 terbunuh akibat tembakan rakan sepasukan
2. 23 maut akibat insiden melibatkan peluru dan bahan letupan
3. 7 dilanggar kenderaan perisai
4. 6 lagi maut dalam kejadian tembakan yang tidak diperincikan
Sejak Israel menyambung semula serangan ketenteraan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, dua kematian akibat insiden operasi direkodkan daripada jumlah keseluruhan 32 kematian dalam tempoh itu, menurut siaran yang sama.
Radio Tentera Israel turut melaporkan lima lagi kematian melibatkan kemalangan di tempat kerja seperti terjatuh atau kesilapan menggunakan peralatan kejuruteraan. Salah satu insiden tersebut berlaku pada malam Khamis, namun tiada maklumat lanjut didedahkan.
Menurut data rasmi tentera Israel, sejak tercetusnya perang pada Oktober 2023, seramai 882 askar telah terbunuh manakala 6,032 lagi cedera.
Walaupun pelbagai pihak antarabangsa terus mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan, Israel meneruskan serangan ketenteraannya di Gaza yang disifatkan ramai pemerhati sebagai berunsur genosid.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakan ketenteraannya di wilayah terkepung itu.
BACA: Indonesia Sediakan 10,000 Hektar Tanah Pertanian Untuk Sokong Keterjaminan Makanan Palestin
Sumber: Middle East Monitor