Putrajaya, 30 Mei – Seramai 385 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kakitangan di tiga depot tahanan disahkan positif COVID-19 setakat hari ini.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, saringan telah dijalankan di Depot Tahanan Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA.
“Setakat hari ini, keseluruhan 4807 pati dan kakitangan di tiga depot telah menjalani saringan COVID-19. Dari jumlah disaring, 385 individu didapati positif termasuk seorang kakitangan daripada depot tahanan Semenyih manakala 37 lagi masih menunggu keputusan.
Kesemua yang positif dihantar ke MAEPS Serdang untuk rawatan. 26 pati telah didiscaj, katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Ucapan mengenai pati bermula pada minit ke-18.
Sumber: RTM, Bernama