Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

4 Bahagian Kereta Perlu Periksa Lepas Gempa Bumi

Azmil
4 BAHAGIAN KERETA GEMPA
Gambar Hiasan

4 Bahagian Kereta Perlu Periksa Lepas Gempa Bumi

Hari ini berlaku tragedi gempa bumi kuat melanda negara Filipina dan kesannya turut dirasai beberapa kawasan di Sabah.

Mungkin bencana alam seperti gempa ini jarang berlaku di Malaysia namun kawasan yang bersempadan dengan Indonesia, Thailand dan Filipina boleh rasa tempiasnya.

Hari ini SK nak kongsi apa yang perlu anda periksa terhadap kereta anda selepas berlakunya kejadian gempa bumi.

Periksa Fizikal Luaran Kereta

Selepas gempa berlaku jangan terus melompat masuk dalam kereta tapi jalan dan periksa di sekeliling kereta terlebih dahulu.

Pastikan tiada kebocoran tangki minyak atau mana-mana bahagian yang berisiko mendatangkan bahaya kepada anda.

Hal ini kerana gegaran yang kuat boleh menyebabkan kebocoran berlaku di beberapa kawasan sensitif seperti tangki minyak, hos brek dan bahagian enjin.

Jika anda terhidu bau petrol dari luar kenderaan, jangan sesekali menghidupkan enjin kereta kerana risiko kebakaran boleh berlaku.

Periksa Tayar

Selepas periksa kebocoran, periksa juga keempat-empat tayar dan pastikan semua masih dalam keadaan baik.

Tayar berpotensi bocor atau terkoyak jika berlakunya gempa bumi akibat hentakan atau terlenyek objek tajam seperti paku dan sebagainya.

Periksa Sistem Mekanikal

Selepas selesai periksa fizikal luaran dan semuanya baik, sudah boleh masuk dalam kereta dan hidupkan enjin.

Selepas enjin berjaya hidup, pastikan meter tidak mengeluarkan apa-apa signal seperti ikon enji, minyak dan apa-apa sahaja tanda amaran.

Kemudian, sebelum lepaskan brek tangan, cuba pijak pedal brek terlebih dahulu untuk pastikan brek kaki masih lagi berfungsi.

Pusing juga stereng ke kiri dan ke kanan untuk pastikan pergerakkan tayar hadapan rasa normal sebelum bergerak.

Pemeriksaan Persekitaran

Ini juga bab yang penting sebelum bergerak iaitu pastikan keadaan jalan sekeliling tiada yang retak atau berlakunya lubang benam atau tiang elektrik tumbang.

Hidupkan juga radio untuk pastikan signal komunikasi masih berfungsi di kawasan anda atau tidak dan dapatkan maklumat tentang keadaan di kawasan lain.

Begitulan serba sedikit apa yang perlu anda lakukan kepada kereta anda selepas kejadian gempa bumi berlaku.

Kita doakan jiran di Filipina sentiasa dalam keadaan baik-baik saja dan negara kita dilindungi oleh Allah.

Semoga bermanfaat.