Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

4 Negeri Dijangka Hujan Lebat
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda empat negeri sehingga jam 1 tengah hari.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dijangka berlaku di negeri Terengganu iaitu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Di Pahang, ia melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.
Beralih ke Selangor pula, daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.
Manakala, hanya satu daerah yang diramal dilanda hujan di negeri Johor iaitu di Mersing.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Terdahulu, MetMalaysia juga memaklumkan bahawa Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula semalam dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan.
“Apabila memasuki Disember dan Januari, hujan berterusan dijangka tertumpu di selatan Terengganu, Pahang dan Johor. Sabah dan Sarawak juga berpotensi menerima kesan bergantung kepada pergerakan monsun,” kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia Ambun Dindang.