Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

47 Mangsa Korban Banjir Seluruh Negara, Lima Masih Hilang

Gambar via Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang seramai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang melibatkan 13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Sumber: Bernama