Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Peratus Pelajar Tingkatan 4 Pembawa Talasemia, Ini 6 Gejala Talasemia Yang Anda Perlu Tahu

Apakah itu Talasemia? Berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Talasemia adalah penyakit baka atau keturunan yang menjadi punca kepada pembentukan sel darah merah yang tidak normal dengan jangka hayat yang pendek.

Setakat 28 November 2019, 8,681 pesakit Talasemia direkodkan dan 7,240 sedang menerima rawatan serta 130 pesakit telah sembuh dengan rawatan sel stem.

Gejala-gejala yang akan berlaku jika anda menghidap Talasemia adalah,

  1. Kekurangan darah (anemia) antara usia 3 hingga 18 bulan.

  2. Pucat/lemah/resah

  3. Tumbesaran terbantut

  4. Kesukarang bernafas

  5. Bengkak abdomen disebabkan pembesaran hati dan limpa

  6. Pembesaran tengkorang, tulang pipi dan rahang

Berdasarkan saringan 2016 hingga 2018 melibatkan 689,460 pelajar berusia 16 tahun mendapati, 31,716 dikesan sebagai pembawa Talasemia. 86.2 peratus ibu bapa membenarkan anak mereka menjalani ujian saringan.

Sumber: KKM via Infografik Bernama