Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Tanaman Yang Boleh Menghalau Nyamuk Dan Serangga

Memiliki rumah yang dipenuhi dengan berbagai serangga seperti nyamuk serta lalat memang sangat menjengkelkan. Apalagi dengan jumlah yang sangat banyak dan pastinya akan menganggu aktiviti harian di dalam rumah.

Namun, untuk mengatasinya elakkan penggunaan aerosol kerana ianya mengandingi bahan kimia. Selain menyebarkan bahan kimia di ruangan, hal ini boleh membahayakan jika digunakan dalam jangka masa panjang. Dipetik dari House Beautiful, ada beberapa tanaman yang dapat menghalau berbagai serangga tersebut.

1. Lavender

Lavender adalah pilihan semula jadi yang baik untuk menghalau serangga. Bukan hanya sekadar aromanya yang harum tetapi juga dapat menghalau lalat, kumbang dan juga kutu. Selain memiliki aroma yang wangi, lavender dapat menjadi elemen dekorasi yang cantik di dalam rumah.

2. Lemon balm

Aroma lemonnya yang menarik ini juga disebut sebagai citronella (tetapi bunyinya lebih kepada sesuatu yang menyelerakan). Sebenarnya, tanaman ini mempunyai tahap sitronel yang tinggi, sekumpulan pepijat amat tidak menyukainya.

3. Basil

Walaupun terdengar seperti sesuatu yang disarankan oleh nenek-nenek, satu pot basil benar-benar dapat membantu anda menikmati halamam luar rumah yang damai. Ini adalah salah satu dari beberapa tanaman yang mengeluarkan aroma yang kuat tanpa perlu menghancurkan daun.

4. Catnip

Kelebihan yang terdapat pada pokok catnip adalah nyamuk sangat tidak menyukainya. Namun, anda akan menemui haiwan kesayangan anda dengan cepat dengan hanya beberapa saat anda meletakkan tanaman itu.

5. Mint

Apa yang baik untuk mojito anda, ianya juga baik untuk kulit anda. Daun pudina dapat menghalau nyamuk dan minyak pati pudina dapat merawat gigitan serangga yang mungkin anda peroleh di sepanjang malam.

Sumber- House Beautiful