Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lima dekad bukan sekadar angka buat Amway Malaysia, sebaliknya menjadi bukti komitmen syarikat itu dalam memperkasa jutaan rakyat Malaysia menerusi peluang keusahawanan beretika, kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Jason Leng berkata, sambutan ulang tahun ke-50 Amway Malaysia bukan hanya meraikan pencapaian syarikat, malah menghargai setiap individu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan syarikat itu sejak penubuhannya di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Media AM50 Expo yang turut menampilkan forum “Empowering the Rakyat: Navigating Cost of Living Pressures Through Ethical Entrepreneurship” sempena Pelancaran Rasmi AM50 Expo di Wisma Amway, hari ini.
Menurut Jason, sepanjang 50 tahun beroperasi, Amway Malaysia telah menjadi rakan kepada jutaan rakyat Malaysia dalam membantu mereka merealisasikan impian dan membina kehidupan yang lebih baik.
“Lima puluh tahun bukan sekadar satu angka. Ia mewakili lima dekad Amway Malaysia menjadi rakan kepada jutaan rakyat Malaysia dalam membantu mereka merealisasikan impian serta menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, sambutan ulang tahun emas itu bukan sekadar meraikan prestasi perniagaan atau angka jualan, sebaliknya mengiktiraf individu yang bersama-sama membina kejayaan syarikat sejak lima dekad lalu.
Menurutnya, ramai pemimpin perniagaan Amway yang menyertai syarikat sejak ia mula beroperasi di Malaysia masih aktif sehingga hari ini, malah legasi itu diteruskan oleh generasi kedua keluarga mereka.
“Apabila kami meraikan ulang tahun ini, kami meraikan insan yang telah bersama-sama menempuh perjalanan selama 50 tahun, bukannya semata-mata kejayaan perniagaan,” katanya.
Jason berkata, meskipun dunia dan landskap perniagaan terus berubah, nilai teras serta misi Amway untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih baik tidak pernah berubah.
Katanya, prinsip yang diasaskan oleh pengasas Amway terus menjadi panduan syarikat dalam membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan kesihatan dan membina ketahanan kewangan.
AM50 Expo lebih daripada sekadar pameran
Mengulas mengenai AM50 Expo, Jason berkata program itu bukan sekadar sebuah pameran, sebaliknya menjadi platform untuk rakyat Malaysia mengenali semula evolusi jenama Amway yang sentiasa berkembang mengikut keperluan semasa.
Menurut beliau, expo berkenaan mengetengahkan pelbagai inovasi dan penyelesaian terkini hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat bagi membantu rakyat menangani cabaran kesihatan.
“Kami mahu rakyat Malaysia melihat bagaimana Amway terus berevolusi, berkembang dan kekal relevan dengan keperluan masyarakat yang sentiasa berubah,” katanya.
Beliau berkata, antara cabaran terbesar negara ketika ini ialah peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) serta peralihan Malaysia ke arah masyarakat menua.
Sehubungan itu, katanya, Amway komited untuk terus melabur dalam inovasi dan pembangunan produk bagi memperkasakan rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Keusahawanan beretika bantu hadapi kos sara hidup
Dalam pada itu, Jason berkata, ketahanan kewangan kini menjadi sama penting dengan kesihatan, terutama ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.
Menurutnya, penyelesaian kepada tekanan ekonomi bukan sekadar mengurangkan perbelanjaan, malah mewujudkan sumber pendapatan tambahan yang mampan.
Katanya, Amway menawarkan peluang keusahawanan beretika dengan modal permulaan yang rendah, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menjana pendapatan tambahan secara lestari.
“Kami percaya antara cara terbaik membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup ialah menyediakan peluang menjana pendapatan tambahan menerusi keusahawanan yang beretika,” katanya.
Beliau berkata, model perniagaan Amway turut membuktikan kelestariannya apabila ramai pemimpin perniagaan syarikat itu masih aktif selepas 50 tahun, malah diteruskan oleh generasi seterusnya.
Forum perkasa rakyat
Mengulas forum bertemakan “Empowering the Rakyat: Navigating Cost of Living Pressures Through Ethical Entrepreneurship”, Jason berkata ia diwujudkan bagi membuka ruang perbincangan mengenai bagaimana peluang keusahawanan beretika mampu membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup.
Menurutnya, forum itu menghimpunkan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pelbagai pihak berkepentingan bagi berkongsi pandangan mengenai usaha memperkasa rakyat melalui peluang ekonomi yang mampan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga kerja Amway, Amway Business Owners (ABO), agensi kerajaan dan semua rakan strategik yang bersama-sama menjayakan perjalanan syarikat selama lima dekad.
“Kami percaya melalui kerjasama erat semua pihak, lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat, lebih sejahtera serta membantu membina komuniti dan negara yang lebih makmur,” katanya.