Terkini

Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
kereta jimat minyak
Gambar AI
Tiada Kategori

Ini Antara Kereta Paling Jimat Minyak Dalam Pasaran

suhaila

Ini Antara Kereta Paling Jimat Minyak Dalam Pasaran

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil dan kos sara hidup yang semakin meningkat, rakyat Malaysia kini lebih bijak dalam berbelanja.

Kenaikan harga barangan dan kadar OPR yang tinggi menyebabkan banyak keluarga menghadapi kesukaran dengan perbelanjaan bulanan.

Oleh itu, ramai yang memilih kereta jimat minyak sebagai alternatif untuk mengurangkan kos bahan api seperti petrol. Kereta yang jimat minyak bukan sahaja membantu mengurangkan beban perbelanjaan, tetapi juga menawarkan penyelesaian yang lebih ekonomi dalam menghadapi cabaran kos hidup yang tinggi.

Berikut kami kongsikan antara kereta paling jimat minyak di Malaysia yang boleh dipertimbangkan pada masa kini:

Perodua Bezza 1.0 Standard G Automatik

Perodua Bezza terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kereta jimat minyak. Model 2024 dilengkapi dengan enjin 1.0L dan 1.3L Dual VVT-i, menawarkan penggunaan bahan api sekitar 21.3 km/l untuk model 1.0L.

Dengan ciri Eco Idle, ia mematikan enjin secara automatik ketika kereta berhenti dalam jangka masa yang lama, menjimatkan minyak semasa pemanduan bandar. Dikenali sebagai model Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Bezza menawarkan penggunaan bahan api sekitar 20 km/l.

Toyota Yaris 2024

Toyota Yaris 2024 dilengkapi dengan enjin 1.5L Dual VVT-i yang menawarkan penggunaan bahan api sekitar 20 km/l. Kereta ini sesuai bagi mereka yang mencari keseimbangan antara prestasi dan penjimatan minyak.

Dengan saiz kompaknya, Yaris juga sangat efisien untuk pemanduan di bandar, terutama dalam menghadapi trafik yang sibuk.

Kredit : Toyota Malysia

BACA : 8 Petua Mudah Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Diet

Honda City 2024 (Hybrid)

Honda City Hybrid 2024 menggunakan teknologi Hybrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD), yang menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik.

Ini membolehkan City Hybrid mencapai penjimatan bahan api sekitar 25 km/l, menjadikannya pilihan mesra alam tanpa mengorbankan prestasi. Teknologi hibridnya menawarkan pemanduan yang lancar dan sangat efisien.

Kredit : Honda Malaysia

Perodua Axia 1.0 Style Automatik

Perodua Axia 2024 menggunakan enjin 1.0L EEV (Energy Efficient Vehicle), menawarkan penggunaan bahan api sekitar 22.5 km/l. Ia sangat efisien, baik untuk pemanduan bandar mahupun perjalanan jauh.

Selain itu, harga yang berpatutan menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mementingkan penjimatan kos.

kereta jimat minyak
Kredit : Perodua Malaysia

Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik

Perodua Myvi 1.3 Standard G Automatik adalah salah satu model kereta paling popular di Malaysia. Terutamanya dalam kategori kereta kompak yang jimat minyak.

Dilengkapi dengan enjin 1.3L, Myvi menawarkan penjimatan bahan api sekitar 20.1 hingga 21.2 km/l, menjadikannya lebih cekap bahan api berbanding model-model Myvi sebelumnya.

Dengan prestasi yang baik dan penjimatan minyak yang tinggi, Myvi terus menjadi pilihan utama di kalangan pemandu Malaysia.Selain penjimatan bahan api yang baik, Myvi juga menawarkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang bagus.

Tambahan pula, Myvi dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, menjadikannya pilihan yang sangat berbaloi untuk pemandu yang mementingkan kos operasi yang rendah serta nilai keseluruhan yang baik.

kereta jimat minyak
Kredit : Perodua Malaysia

Pilihan kereta jimat minyak yang tepat dapat membantu dalam meminimumkan perbelanjaan harian, terutama dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

BACA : Ini 7 Pelaburan Terbaik Untuk Simpan Duit

Sumber :

iMoney

,

carsome