Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

600 Anggota Taliban Di Panjshir, Afghanistan Disingkirkan

KABUL, 5 Sept – Kira-kira 600 anggota Taliban berjaya disingkirkan di wilayah Panjshir di timur laut Afghanistan pada Sabtu, lapor Sputnik memetik tentera Afghanistan.

“Kira-kira 600 anggota Taliban di beberapa daerah di Panjshir telah disingkirkan. Lebih 1,000 anggota kumpulan itu disingkirkan atau menyerah diri,” kata jurucakap tentera Afghanistan, Fahim Dashti.

Anggota Taliban itu menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan dari wilayah Afghanistan yang lain.

Panjshir adalah kubu kuat National Resistance Front, pimpinan Ahmad Massoud, anak bekas komander gerila Afghanistan, Ahmad Shah Massoud, dan bekas Naib Presiden Amrullah Saleh, yang mengisytiharkan dirinya sebagai presiden sementara.

— BERNAMA