Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Juta Penduduk Di Wuhan Jalani Saringan COVID-19 Untuk Elak Gelombang Kedua

Beijing– Pejabat kesihatan China yang bertempat di Wuhan melaporkan telah menjalankan ujian pengesahanCOVID-19 terhadap hampir 7 juta penduduknya selama 12 hari dalam usaha mencegah gelombang kedua virus korona.

Sebanyak 6.68 juta orang telah menjalankan ujian asid nukleik dan 206 individu dilaporkan telah dijangkiti COVID-19 namun tidak menunjukkan sebarang gejala.

Ujian secara besar-besaran dijalankan di Wuhan sejak 12 Mei lalu kerana telah muncul kes baharu di China.

Ia merupakan usaha China untuk mencegah kembalinya wabak ini dari pelbagai aspek setelah mereka menutup negara mereka yang merupakan negara kedua memegang ekonomi dunia.

Menurut laporan Newsweek, China telah mengisytiharkan ‘Lockdown’ selama 76 hari terhadap 100 juta penduduknya setelah muncul kluster-kluster baharu di Timur Laut China.

Kementerian kesihatan di Wuhan melaporkan mereka berjaya menjalankan sebanyak 1.1 juta ujian pengesahan dalam masa satu hari iaitu pada 23 Mei.

Hal ini merupakan usaha pihak makmal dan beberapa perusahan di kota Wuhan dalam menambahkan dan mempercepatkan ujian sebanyak 26 kali dari kebiasaan.

Jika di bandingkan di Amerika Syarikat, ujian pengesahan yang dilakukan pada penduduknya hanya sebanyak 1 juta orang meskipun negara mereka yang paling terjejas di dunia.

Sumber: Kompas.com