Seramai 7 dipercayai maut dan lebih puluhan ribu penduduk Rohingya melarikan diri selepas berlaku kebakaran besar-besaran di kem pelarian etnik itu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh.
Kata beberapa pegawai disitu, kejadian ini merupakan kebakaran ketiga dalam tempoh empat hari. Kejadian ini juga telah memusnahkan beribu rumah di kawasan kem tersebut.
Md Abdullah, timbalan Penolong Pengarah omba dan Pertahanan Awam Cox’s bazar memberitahu sehingga hari ini, seramai tujuh magsa telah terkorban antaranya dua kanak-kanak dan dua wanita yang telah ditemui.
Menurut pegawai ini lagi, punca kebakaran adalah daripada gas yang digunakan untuk memasak meletop.
Ramai diantara mereka yang kehilangan ahli keluarga dan ada juga yang tiddak dapatkan larikan diri kerana sebahagian pagar dikawal ketat dengan kawat berduri.
Pemerintah negara tersebut mengarahkan pelarian Rohingya untuk dipindahkan ke sebuah pulau di Teluk Bengal, bagaimanapun kawasan tersebut sudah terlalu padat kerana 13, 000 Rohinya telah dipindahkan ke pulau tersebut semasa dilnjar banjir.
Sumber: News India Express
