Umum mengetahui amalan berpuasa hanya wajib ke atas orang dewasa dan waras akal fikiran. Dari zaman kita kanak-kanak lagi sudah dilatih untuk berpuasa dengan cara yang berbeza.
Tiada masalah untuk kanak-kanak berpuasa, tetapi ibu bapa haruslah bantu dan pantau keadaan anak setiap hari. Bermula daripada berperingkat yang bawah dan kemudian barulah ajar untuk puasa penuh.
Jadikan ia sebagai satu pengalaman dan memori yang menarik untuk anak anda, jangan bersifat memaksa. Tiada masalah untuk berpuasa separuh hari atau berbuka pada waktu Zohor atau Asar. Terkenang pula kenangan dulu sewaktu kanak-kanak.
Di sini ada beberapa tips yang menarik untuk anak anda berpuasa.
Bermula dengan perlahan dan berperingkat
Benarkan anak untuk berbuka puasa awal sekiranya kelihatan lesu pastikan kanak-kanak bersahur
Semasa bersahur, elakkan makan makanan yang tinggi garam dan gula kerana ini akan menyebabkan lebih cepat dahaga dan kehilangan air.
Jangan biarkan makan terlalu banyak dalam satu masa. Mungkin ia akan mengakibtkan kembung perut dan berangin.
Makanan pedas menyebabkan perut berasid
Pelbagaikan sumber protein dalam makanan, sebagai contoh susu, keju, tauhu dan tempe.
Tambahakan lebih banyak makanan yang berwarna semulajadi seperti bawang, bunga kobis dan terung serta lobak merah.
Tips ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang menyediakan makanan berbuka untuk keluarga. Bukan sahaja untuk anak-anak malah untuk seluruh ahli keluarga.
