Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7,527 Anggota dan 438 Aset Bomba Dikerah Ke Enam Buah Negeri Bagi Membantu Mangsa Banjir

Kredit: Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Seramai 7,527 anggota dan 438 aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah digerakkan ke enam negeri yang terjejas teruk akibat banjir setakat pukul 8 pagi tadi.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebanyak 4,878 operasi telah dilakukan sebagai kesiapsiagaan JBPM sepanjang musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Selain itu, JBPM juga telah menghantar anggota dan asetnya dalam keadaan siap siaga di beberapa buah negeri yang dijangka mengalami fenomena air pasang besar mulai hari ini sehingga Rabu.

Tambahnya, beliau tidak menafikan keberadaan anggota dan aset JBPM di enam negeri yang terjejas akibat banjir sebagai satu kelegaan kepada rakyat yang terkesan dengan musibah itu.

Sumber: Malaysia Gazette