8 Perkara Wajib “Check” Pada Kereta Sebelum Gerak Balik Kampung
Beberapa hari saja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan 1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri.
Ketika ini, ramai yang telah merancang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Selain kelengkapan raya, terdapat satu perkara yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan perjalanan pulang iaitu tentang 'kesihatan' kereta.
Kadang kala perjalanan yang jauh dan mengambil masa yang lama 'mengundang' pelbagai masalah yang tidak terduga. Justeru, pastikan semua bahagian pada kereta diperiksa sebaiknya.
Ini lapan perkara yang wajib diperiksa oleh anda:
1. Bateri
Anda perlu periksa sama ada jika terdapat kebocoran pada bahagian bateri
Pastikan kabel disambung kukuh dan tidak longgar
2. Bilah pengelap
Periksa jika bilah pengelap telah haus atau merekah
Pastikan cecair pencuci cermin depan mencukupi
3. Tayar
Pastikan tiada sebarang kerosakan
Pastikan bunga tayar tidak haus dan sekata
4. Tali pacuan dan hos
Periksa jika terdapat rekahan atau sebarang tanda haus dan lusuh

5. Cecair kenderaan
Periksa paras minyak enjin
Periksa cecair transmisi, stereng dan brek
6. Sistem brek
Periksa pad brek dan cecair
Tukar jika perlu
7. Penapis udara
Bersihkan penapis udara secara berkala
Ganti jika perlu
8. Lampu
Pastikan semua berfungsi dengan baik termasuk
Lampu hadapan
Lampu belakang
Lampu brek
Lampu undur
Lampu isyarat membelok
Kadang kala semua perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah pemilik kereta.
Untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, lakukan pemeriksaan kenderaan dengan sebaiknya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan semoga selamat sampai ke destinasi. Pandu cermat, jiwa selamat.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
