Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
8 terbunuh israel
Gambar: AFP

8 Terbunuh, Lebih 130 Cedera Dalam Serangan Iran Ke Atas Israel

Hannah

8 Terbunuh, Lebih 130 Cedera Dalam Serangan Iran Ke Atas Israel

Serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran ke atas Israel pada malam Sabtu telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, dan mencederakan lebih 130 orang, menurut pasukan kecemasan Israel.

Menurut jurucakap Magen David Adom (MDA), empat orang terbunuh dalam serangan roket di wilayah tengah Israel, manakala kira-kira 100 orang lagi dilaporkan cedera.

Di wilayah Shfela, serangan yang sama turut menyebabkan 37 individu cedera, menurut jurucakap berkenaan.

Pihak Polis Israel pula mengesahkan bahawa beberapa individu terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam satu serangan di daerah pantai tengah Tel Aviv.

Sementara itu, di Galilea Barat, satu serangan yang memusnahkan bangunan tiga tingkat mengorbankan tiga wanita. Dua daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Dalam kejadian berasingan di wilayah Haifa, sebuah peluru berpandu Iran dilaporkan mengenai sebuah rumah, menyebabkan seorang wanita terbunuh dan 14 yang lain cedera.

Jurucakap MDA memaklumkan kepada saluran televisyen Israel, Channel 12, bahawa secara keseluruhan sekitar 200 orang cedera dalam siri serangan peluru berpandu sepanjang malam tersebut.

Pada malam Sabtu, pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha memintas pelbagai serangan peluru berpandu dari Iran sambil melancarkan serangan balas ke atas sasaran di Tehran.

Serangan ini mencetuskan bunyi siren serangan udara di seluruh negara, menyebabkan jutaan penduduk Israel bergegas ke tempat perlindungan kecemasan.

BACA: Israel Cuba Seret AS Dalam Kancah Perang Dengan Iran – Putera Mahkota Saudi

BACA: Israel Tutup Semua Kedutaan Di Seluruh Dunia

BACA: Perancis Bertekad Iktiraf Negara Palestin – Menteri Luar

Sumber: AFP