Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

880 Calon Simpanan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akan Ditawarkan Pelantikan - KPM

calon
Kredit: Bernama

PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 880 calon simpanan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) pengambilan 2025 akan ditawarkan surat pelantikan sebelum tarikh tamat tempoh perkhidmatan pada 14 Dis ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya cakna terhadap keluh-kesah calon simpanan bagi jawatan PPP yang akan tamat tempoh itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini, sebanyak 3,537 daripada 4,417 calon simpanan pengambilan 2025 telah ditawarkan surat pelantikan.

“Sehubungan dengan itu, KPM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju agar baki 880 orang calon simpanan PPP ditawarkan pelantikan sebelum tarikh tamat tempoh berkenaan.

“Selepas selesai urusan pelantikan, KPM akan membuat penempatan berdasarkan kekosongan tempat dan opsyen yang sesuai,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan bakat dan minat mereka yang ingin mendidik anak-anak dimanfaatkan sepenuhnya.

“KPM merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan semua pihak terhadap isu pelantikan calon simpanan PPP,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Intipati
  • Baki 880 calon simpanan PPP akan ditawarkan pelantikan sebelum 14 Disember ini.
  • KPM memaklumkan 3,537 daripada 4,417 calon simpanan sudah menerima surat pelantikan.
  • Penempatan calon akan dibuat selepas urusan pelantikan berdasarkan kekosongan dan opsyen sesuai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan