Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah serta seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan W.P. Kuala Lumpur.

“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Jerantut dan Rompin. Manakala di Selangor pula melibatkan kawasan Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat.

“Selain itu, di Negeri Sembilan pula termasuk hanya melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

“Sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Pedalaman (Tambunan, Sook, Keningau, Sipitang, Tenom dan Pensiangan), Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Kalabakan), Sandakan (Kinabatangan, Paitan, Sandakan, Labuk & Sugut dan Telupid), Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Kawasan terlibat merangkumi sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menurut kenyataan itu.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan memantau saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan