Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sabah serta seluruh kawasan Perlis, Pulau Pinang dan W.P. Kuala Lumpur.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kulim, Bandar Baharu dan Kubang Pasu. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Selama, Larut Matang, Kerian, Kinta, Kampar, Batang Padang, Kuala Kangsar dan Muallim.

“Selain itu, di Kelantan pula melibatkan kawasan Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang dan Bachok. Di Terengganu kawasan yang terkesan adalah Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Besut dan Setiu.

“Beralih ke Pahang, kawasan yang diramal hujan adalah Raub, Jerantut, Cameron Highlands dan Lipis. Manakala di Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

“Sementara di Sabah melibatkan Tawau, Sandakan (Paitan, Labuk & Sugut, Sandakan dan Kinabatangan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri serta W.P. Kuala Lumpur, termasuk beberapa daerah di Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan