Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan lebat petang ini
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan lebat petang ini

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah serta seluruh negeri Perlis dan Kelantan.

“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Padang Terap, Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Langkawi dan Kubang Pasu. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.

“Selain itu, di Terengganu hanya melibatkan kawasan Besut dan Setiu.

“Di Pahang, ia hanya melibatkan kawasan Cameron Highlands. Selangor juga hanya melibatkan satu kawasan, iaitu Sabak Bernam.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Limbang, Miri (Marudi dan Beluru), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Mukah (Matu dan Dalat), Sibu, Sarikei, Kuching, Serian (Siburan dan Tebedu).

“Sementara di Sabah melibatkan Tawau (Semporna, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Labuk & Sugut dan Paitan), Pantai Barat, Kudat (Kota Marudu dan Pitas), Pedalaman,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Kredit: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 5 petang.
  • Amaran melibatkan sembilan negeri, termasuk seluruh Perlis dan Kelantan serta beberapa daerah lain.
  • Penduduk dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan