Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agensi Tempatan Dakwa 93 Penduduk Terbunuh Ketika Cuba Ambil Bantuan Makanan

Penduduk terbunuh ambil makanan
Gambar: AFP

Agensi Tempatan Dakwa 93 Penduduk Terbunuh Ketika Cuba Ambil Bantuan Makanan

GAZA — Sekurang-kurangnya 93 rakyat Palestin terbunuh selepas tentera Israel didakwa melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan berhampiran Bandar Gaza, menurut agensi pertahanan awam wilayah itu pada Ahad, lapor AFP.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal memaklumkan kepada AFP bahawa insiden itu berlaku di utara wilayah tersebut.

Katanya, kematian orang awam yang berbaris untuk mendapatkan bantuan makanan di Gaza semakin menjadi perkara biasa.

AFP dalam satu kenyataan lain turut memaklumkan, sebanyak 25 buah lori Program Makanan Sedunia (WFP) yang membawa bantuan makanan penting telah melintasi pintu sempadan Zikim menuju ke komuniti yang kebuluran di utara Gaza pada hari berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas melepasi pusat pemeriksaan terakhir selepas pintu sempadan Zikim ke Gaza, konvoi tersebut telah menemui sekumpulan besar orang awam yang menunggu dengan penuh harapan untuk mendapatkan bekalan makanan yang sangat diperlukan.

“Ketika konvoi menghampiri, orang ramai di sekelilingnya telah diserang oleh kereta kebal Israel, penembak tepat dan tembakan lain,” dakwa kenyataan itu.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia menyeru agar semua orang awam dan petugas bantuan yang menghantar bantuan menyelamatkan nyawa dilindungi.

“Pasukan WFP yang mengiringi konvoi tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa mereka sendiri demi menyelamatkan orang lain.

“Tanpa syarat asas ini, kami tidak dapat meneruskan sokongan menyelamatkan nyawa di seluruh Semenanjung Gaza,” katanya.

Kebuluran Di Gaza Pada Tahap Serius

Krisis kelaparan di Gaza kini berada di tahap paling serius, dengan ramai yang mati akibat kekurangan bantuan kemanusiaan.

Hampir satu daripada tiga orang tidak makan selama beberapa hari. Kadar kekurangan zat makanan semakin meningkat dengan 90,000 wanita dan kanak-kanak memerlukan rawatan segera.

BACA; Wartawan AFP Berdepan Risiko Mati Kebuluran di Gaza

BACA: Sedia Bekalan Makanan Untuk Gaza, UNRWA Gesa Pintu Sempadan Dibuka

Sumber: AFP (

1

), (

)

93 Penduduk Terbunuh Ketika Cuba Ambil Bantuan Makanan

GAZA — Sekurang-kurangnya 93 rakyat Palestin terbunuh selepas tentera Israel didakwa melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan berhampiran Bandar Gaza, menurut agensi pertahanan awam wilayah itu pada Ahad, lapor AFP.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal memaklumkan kepada AFP bahawa insiden itu berlaku di utara wilayah tersebut.

Katanya, kematian orang awam yang berbaris untuk mendapatkan bantuan makanan di Gaza semakin menjadi perkara biasa.

AFP dalam satu kenyataan lain turut memaklumkan, sebanyak 25 buah lori Program Makanan Sedunia (WFP) yang membawa bantuan makanan penting telah melintasi pintu sempadan Zikim menuju ke komuniti yang kebuluran di utara Gaza pada hari berkenaan.

“Bagaimanapun, selepas melepasi pusat pemeriksaan terakhir selepas pintu sempadan Zikim ke Gaza, konvoi tersebut telah menemui sekumpulan besar orang awam yang menunggu dengan penuh harapan untuk mendapatkan bekalan makanan yang sangat diperlukan,” maklum kenyataan itu.