Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kanak-Kanak Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Tanghilan

Kredit: Google

KOTA KINABALU, 3 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata Joshua Patrick, 4, ditemui rentung di dalam di rumah berkenaan, dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.

Kenyataan itu menyebut JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.06 pagi sebelum dua buah jentera bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA