Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

A. Aida Dimasukkan Ke ICU

Iqbal Yasir
Gambar: Fb Dr Mohd Izhar Ariff

A. Aida Dimasukkan Ke ICU

KUALA LUMPUR — Penerbit drama terkenal, Datuk A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, kini dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dalam satu muat naik di Facebooknya hari ini.

“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat Facebook sekalian doakan kekanda dan sahabat saya Datuk A. Aida yang sekarang ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah Hospital di Ibu Negara.

“Doakan semoga beliau segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat berhubung masalah kesihatan yang dihadapi oleh penerbit drama itu.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut mendoakan kesihatan A. Aida kembali pulih.

“Semoga dipermudahkan Allah urusan rawatan Datuk A.Aida dan diberi kekuatan diatas segala kesakitan. Semoga cepat sihat. Aamin,” komen seorang pengguna.

“Syafakallah Datuk A Aida,” tulis seorang lagi.

Sumber: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff