Kempen kembali ke sekolah tidak semestinya tertumpu kepada persiapan di bilik darjah. Sebaliknya, jenama kasut tempatan, ABARO, membawa kelainan menerusi kerjasama dengan Zoo Negara yang menawarkan pengalaman menyeronokkan dan bermakna buat seisi keluarga.
Menerusi kerjasama itu, ABARO memperkenalkan Kempen Kembali ke Sekolah 'ABARO LangkahKU' yang mengetengahkan Geng ABARO, iaitu enam watak dengan personaliti tersendiri bagi memperkenalkan inovasi kasut sekolah jenama berkenaan melalui penceritaan yang menyeronokkan.
Menariknya, ABARO turut menyumbang sebanyak RM12,483.20 bagi menyokong penjagaan empat ekor memerang kecil Asia di Zoo Negara.

Pemilihan memerang sebagai haiwan tajaan mempunyai kaitan istimewa dengan Titi si Memerang, salah satu watak Geng ABARO yang mewakili teknologi DryTech, iaitu inovasi kasut sekolah ABARO dengan ciri kalis air.
“Kami mahu kerjasama dengan Zoo Negara ini membawa makna lebih besar daripada sekadar penajaan. Selain menghasilkan kasut sekolah dengan inovasi yang memenuhi keperluan harian kanak-kanak, ABARO juga mahu memperkenalkan inovasi ini dengan cara yang menyeronokkan.


“Menerusi ABARO LangkahKU, Geng ABARO mengajak kanak-kanak meneroka dan belajar bersama keluarga di Zoo Negara, sambil menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar. Kami menghargai kerjasama Zoo Negara dalam menjayakan inisiatif ini,” kata Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh.
Bermula 30 November hingga 13 Disember 2026, pengunjung Zoo Negara boleh menyertai aktiviti ABARO LangkahKU bersama keluarga.
Seramai 100 peserta terawal setiap hari akan menerima Journey Card untuk meneroka Zoo Negara sambil mencari dan mengumpul cop di kawasan pameran haiwan terpilih.
Peserta yang berjaya mengumpul empat cop berpeluang menebus Geng ABARO Mystery Pack dan baucar ABARO bernilai RM10, sementara stok masih ada.


Geng ABARO terdiri daripada ARO (TwistTech), Titi si Memerang (DryTech), Coco si Kucing (HideTech), Fifi si Arnab (NameTech), Nas si Kura-Kura (GrowFitTech) serta Jago si Harimau (ABARO Sepak Takraw).
Setiap watak diinspirasikan daripada inovasi kasut sekolah ABARO yang direka bagi memenuhi keperluan harian murid sekolah.
Malah, inovasi kasut sekolah ABARO turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori 'Ciri-Ciri Paling Inovatif dalam Kasut Sekolah'.
Dalam pada itu, ABARO turut mengetengahkan teknologi GrowFitTech yang mengambil kira keperluan kanak-kanak ketika membesar, khususnya apabila saiz kaki mereka berubah dengan cepat.
Berkongsi pengalamannya, Eien Razak, ibu kepada dua anak lelaki, berkata teknologi itu memudahkan ibu bapa memilih kasut sekolah yang boleh digunakan dalam tempoh lebih lama.
“Anak sulung saya bakal masuk Tahun Dua tahun depan. Ada masanya saya terpaksa menukar kasut sekolahnya beberapa kali dalam setahun, bukan kerana rosak, tetapi kerana kakinya cepat membesar.
“Dengan ABARO GrowFitTech, saya boleh memilih saiz kasut yang sedikit besar tetapi masih selesa dipakai. Apabila kakinya membesar, pelapik span kasut boleh ditanggalkan untuk memberi lebih ruang. Ciri seperti ini memang memudahkan ibu bapa,” katanya.
Bagi legenda sepak takraw negara, Farhan Adam, keperluan kasut sekolah anak lelakinya pula berbeza memandangkan anaknya turut menjalani latihan sukan berkenaan di sekolah.
“Anak saya menjalani latihan sepak takraw di sekolah, jadi memiliki sepasang kasut ABARO Sepak Takraw yang boleh dipakai ke kelas dan ketika latihan memang memudahkan.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam sukan ini, cengkaman, fleksibiliti dan keselesaan kasut amat penting, terutama bagi kanak-kanak yang baru mula belajar bermain. Kasut ini menawarkan kesemua ciri tersebut dalam satu rekaan yang praktikal,” katanya.
Tersedia dalam pilihan warna hitam atau putih, ABARO Sepak Takraw direka sebagai kasut dua dalam satu yang sesuai dipakai ke sekolah dan di gelanggang.

Kasut itu turut dilengkapi tapak luar getah ant gelincir serta tapak dalam getah penyerap hentakan.

Bagi keluarga yang tidak berkesempatan berkunjung ke Zoo Negara, mereka masih boleh menyertai cabaran #GengABAROKU secara dalam talian mulai 23 November hingga 13 Disember 2026.
Peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk pengalaman perkhemahan dua hari satu malam di Zoo Negara (Zoo Camp), tiket masuk Zoo Negara, baucar ABARO serta Geng ABARO Mystery Pack.
Selain itu, menerusi setiap pembelian kasut sekolah ABARO, sebanyak RM1 akan disalurkan bagi menyediakan kasut sekolah baharu kepada kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi inisiatif Shoes for You, Hope for Them.
Pembeli juga berpeluang menyertai cabutan bertuah digital untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Untuk maklumat lanjut, layari www.abaro.com.my atau ikuti media sosial rasmi ABARO.
