Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ada Mangsa Terperangkap, Fenomena Kepala Air Di Yan Dilapor Berulang, Paras Air Meningkat Mendadak & Melimpah

Gambar: JBPM via AWANI

Seorang pemandu jengkaut dilapor terperangkap setelah air deras turun dari bukit berdekatan Pusat Rekreasi Batu Hampar, Kedah pada 5.45 petang tadi.

Menurut AWANI, mangsa yang berusia lingkungan 30an ketika itu dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kepala air akibat hujan lebat menyebabkan paras air meningkat dengan mendadak dan melimpah hingga menyebabkan mangsa terperangkap di seberang sungai.

Namun difahamkan, mangsa sempat dan berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Yan dengan menggunakan tali ketika arus air mula perlahan.

Sumber: AWANI