Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

AGC Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Kes Kehilangan Amri Che Mat, Raymond Koh

Sofea
Kredit: Bernama

AGC Fail Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah Kes Kehilangan Amri Che Mat, Raymond Koh

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berhubung kes kehilangan aktivis Amri Che Mat dan paderi Raymond Koh.

Dalam dua kenyataan berasingan hari ini, AGC memaklumkan bahawa notis rayuan itu berkaitan dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Tiang Joo yang memutuskan bahawa pihak polis dan kerajaan bertanggungjawab terhadap kehilangan dua individu tersebut.

“Setelah meneliti dan mempertimbangkan keputusan Mahkamah Tinggi, jabatan ini akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut,” menurut kenyataan berkenaan.

Amri dilaporkan hilang pada 24 Nov 2016 manakala Koh pada 13 Feb 2017.

Semalam, mahkamah memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM3,264,457.52 berserta kos dan faedah kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua wanita itu terhadap kerajaan dan polis berhubung kehilangan suami masing-masing.

Sumber: Bernama