Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Gering Susulan Sakit Otot, Tulang - Istana Negara

Iqbal Yasir
Agong Gering Susulan Sakit
Kredit: Bernama

Agong Gering Susulan Sakit Otot, Tulang - Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi Baginda

Perkhabaran itu dikongsikan Istana Negara dalam kenyataan hari ini.

"Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

"Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Ssing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara, kelmarin.

"Selain majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim semalam, yang telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang lain.

"Yang di-Pertuan Agong bertitah akan kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi sebaik kesihatan baginda beransur pulih," maklum kenyataan itu.