Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang berlangsung hari ini memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengampunan bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim.
Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah
Menurut kenyataan berhubung mesyuarat itu di Facebok hari ini, Baginda berkenan supaya Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat beliau membayar denda sebanyak RM50 juta.
Najib juga hendaklah mematuhi semua syarat yang ditetapkan di bawah pengampunan bersyarat berkenaan.
Sekiranya beliau gagal mematuhi mana-mana syarat tersebut, pengampunan bersyarat itu terbatal dan beliau hendaklah serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.


