Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Kepada Sultan Brunei

AGONG
Kredit: Facebook Sultan Ibrahim

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan Kepada Sultan Brunei

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menzahirkan ucapan selamat ulang tahun keputeraan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kebahagiaan, kesejahteraan serta dipanjangkan usia oleh Allah SWT.

Sultan Hassanal Bolkiah diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei, kini dikenali sebagai Bandar Seri Begawan.

Baginda ditabalkan sebagai Sultan Brunei yang ke-29 pada tahun 1967 dan sehingga kini terus menerajui pemerintahan negara itu.

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September 2022, Sultan Hassanal Bolkiah kini merupakan pemerintah monarki yang paling lama masih bertakhta di dunia.