Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Air Kencing Berdarah Atau Berbuih,” Ini Antara 10 Tanda Anda Mungkin Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 15 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia menghidapi penyakit buah pinggang kronik mengikut pelbagai peringkat.

Bagaimanapun, pesakit-pesakit ini tidak mempunyai sebarang gejala di peringkat awal bahkan kebanyakan pesakit tidak sedar baahwa mereka menghidapi masalah ini.

Sehubungan dengan itu, SK ingin kongsikan infografik daripada Bernama tentang beberapa tanda awal seseorang mengidap penyakit kronik buah pinggang.

Antara tanda-tanda tersebut termasuklah;

  • Bengkak pada kaki dan sekeliling mata

  • Susah bernafas

  • Kekejangan otot

  • Tekanan darah tinggi

  • Air kencing berdarah/berbuih

  • Kerap rasa letih

  • Kerap kencing pada waktu malam

  • Kulit kering dan gatal

  • Hilang selera makan

  • Rasa loya/muntah

Jika anda mengalami gejala seperti ini, diingatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Bernama