Malang menimpa beberapa orang anggota polis apabila dirempuh oleh sebuah lori semasa bertugas bagi satu sekatan jalan raya di Jalan Changong, Pasir Puteh. Akibat rempuhan itu, dua orang anggota dilaporkan meninggal dunia.
Kejadian dikatakan berlaku pada jam 5.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada lori yang terbabas ke bahagian kiri jalan sehingga merempuh enam orang anggota polis.
Insiden itu telah menyebabkan tiga daripada enam anggota polis mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, seorang lagi yang berada di tempat kejadian berjaya mengelak daripada dirempuh.
Facebook Polis Johor turut berkongsi insiden menyayat hati ini. Semoga dikuatkan hati keluarga mangsa.
Sumber: Polis Johor