Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gaji RM2.66 Juta Sehari, Ronaldo Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

Ronaldo Terkaya Dunia
Kredit: Instagram Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo terus mendahului senarai pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia, dengan jumlah pendapatannya jauh mengatasi seteru utama, Lionel Messi.

Bintang Al-Nassr itu dilaporkan meraih kira-kira £488,000 (RM2.66 juta) sehari menerusi kontrak lumayannya bersama kelab Arab Saudi berkenaan.

Jumlah itu meletakkan Ronaldo di tangga teratas senarai pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi dunia, berdasarkan anggaran Forbes bagi musim 2026/2027.

Menurut Forbes, pemain Portugal berusia 41 tahun itu dijangka memperoleh AS$300 juta (RM1.23 bilion) sepanjang musim berkenaan, merangkumi AS$250 juta (RM1.025 bilion) daripada bola sepak dan AS$50 juta (RM205 juta) menerusi penajaan serta perniagaan.

Ronaldo Pemain Bola Sepak Terkaya Dunia

Sementara itu, Messi yang kini beraksi bersama Inter Miami di Amerika Syarikat dijangka memperoleh AS$145 juta (RM594.5 juta) bagi tempoh sama.

Daripada jumlah itu, sekitar AS$70 juta (RM287 juta) dijangka diperoleh menerusi bola sepak, manakala AS$75 juta (RM307.5 juta) lagi datang daripada penajaan dan aktiviti komersial.

Ini bermakna jumlah pendapatan tahunan Ronaldo dianggarkan lebih dua kali ganda berbanding Messi, sekali gus mengekalkan kedudukan kedua-dua pemain itu sebagai antara bintang bola sepak paling lumayan di dunia.

Berikut ialah senarai 10 pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi dunia bagi musim 2026/2027 berdasarkan anggaran Forbes:

  1. Cristiano Ronaldo: AS$300 juta (RM1.23 bilion)

  2. Lionel Messi: AS$145 juta (RM594.5 juta)

  3. Kylian Mbappe: AS$100 juta (RM410 juta)

  4. Erling Haaland: AS$85 juta (RM348.5 juta)

  5. Vinicius Jr.: AS$76 juta (RM311.6 juta)

  6. Lamine Yamal: AS$55 juta (RM225.5 juta)

  7. Sadio Mane: AS$54 juta (RM221.4 juta)

  8. Jude Bellingham: AS$45 juta (RM184.5 juta)

  9. Harry Kane: AS$42 juta (RM172.2 juta)

  10. Mohamed Salah: AS$40 juta (RM164 juta)

Nota: Anggaran pendapatan tahunan berdasarkan Forbes. Nilai dalam ringgit menggunakan kadar anggaran AS$1 = RM4.10. Angka RM2.66 juta sehari merujuk kepada laporan berasingan mengenai bayaran Ronaldo daripada Al-Nassr.

Intipati
  • Ronaldo dijangka memperoleh AS$300 juta bagi musim 2026/2027, menurut anggaran Forbes.
  • Messi berada di tangga kedua dengan anggaran pendapatan AS$145 juta bagi tempoh sama.
  • Senarai 10 teratas turut menampilkan Mbappe, Haaland, Vinicius Jr., Yamal dan Mane.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan