Kakak Solehah atau nama penuhnya, Puteri Raudhatus Solehah binti Mohamad Rashidee dilapor meninggal dunia pada 1 Syawal lalu. Berita pemergian arwah dikongsikan oleh ayahnya sendiri dalam satu kemas kini di laman Facebook.
Arwah yang berusia lapan tahun menderita penyakit kanser otak dan pernah menjalani pembedahan pada Februari tahun lepas.
Kisah adik Solehah mendapat perhatian netizen tanah air apabila ayahnya dalam perkongsian yang terdahulu telah memuat naik beberapa keping gambar kenang-kenangan arwah bersama adik-adiknya menjelang sambutan Aidilfitri.
Dalam perkongsian berkenaan yang dilaporkan oleh Siakap Keli, arwah mengenakan baju raya sedondon dengan adik-adiknya yang lain.
”Harini kakak dipakaikan baju raya. Jika ditakdirkan kakak diambil Allah sebelum raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
”Mohon doa dari kenalan agar urusan kakak dipermudahkan. Doakan kami juga sebagai ibubapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi,” tulis ayahnya.
Kami di Siakap Keli mengucapkan takziah kepada keluarga kakak Solehah. Semoga keluarganya diberi kesabaran dalam menempuhi ujian ini. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Sumber: Rashidee Abd Rashid

