Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
akaun instagram palsu
Gambar: Bernama

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Sofea

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti bahawa akaun Instagram atas nama Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim adalah akaun palsu.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya sedang memantau perkembangan kes itu dan siasatan sedang giat dilakukan.

“Kita sedang memantau (situasi). Kita tidak mempunyai angka (berhubung jumlah akaun palsu yang ditemui) buat masa ini sebab kadang-kadang ada (muncul), selepas itu sudah tiada.

“Kita akan meminta bantuan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk bantu PDRM (dalam mengenal pasti pemilik-pemilik akaun media sosial ini),” katanya pada sidang media khas Pengarah JSJ di Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd Suhaily turut meminta semua pemain bola sepak profesional sama ada pemain kebangsaan atau di peringkat liga supaya sentiasa berwaspada dalam menjaga keselamatan diri.

Pada malam tadi, cermin kereta pemian tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecahkan individu tidak dikenali berhampiran Pusat Latihan JDT, Jalan Sri Gelam, Johor Bahru.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.

Pada 2 Mei, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dilaporkan cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shuhaily berkata siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dijalankan dan pihaknya sentiasa menanti petunjuk baharu.

“Kes masih aktif. Menantikan petunjuk-petunjuk baharu. Malangnya, kami tidak menemukan apa-apa petunjuk baharu. Saya tahu masyarakat tidak berpuas hati tentang ini.

“Kita harap kes ini masih ada sinar (untuk diselesaikan) dan kehadiran orang ramai ketika kejadian itu, berkemungkinan memusnahkan bukti-bukti yang ada. Berkemungkinan,” katanya.

Pada 5 Dis tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di Petaling Jaya sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Sumber: BERNAMA