Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Selepas Sidang Media Anwar Ibrahim sebentar tadi, Istana Negara dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menasihatkan Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataan rasmi Istana Negara yang sama juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim hanya mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat tetapi tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya itu.
Al-Sultan Abdullah turut menyentuh tentang penularan pandemik Covid-19 yang kembali meningkat serta dalam titah Baginda turut menasihatkan rakyat terus berdisiplin dan menjaga kesihatan diri masing-masing serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: Istana Negara