Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amanahraya Investment Management Laksana Ibadah Korban Bersama Lembaga Zakat Selangor

amanahraya investment management

Amanahraya Investment Management Laksana Ibadah Korban Bersama Lembaga Zakat Selangor

Dengkil, 18 Jun 2024 – Amanah Raya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) telah menunaikan ibadah korban sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat sekitar Kampung Jenderam Hulu, Sepang, Selangor, sempena Aidiladha ini.

Program yang diadakan di Masjid Ar-Redha Kampung Jenderam Hulu tersebut diadakan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di mana ARIM telah menaja tiga (3) ekor lembu untuk dikorbankan dan daging korban berkenaan telah diagihkan kepada lebih 300 orang golongan B40 penduduk sekitar Kampung Jenderam Hulu. Sementara itu, 21 orang Asnaf berpeluang mendapat manfaat atau menjadi peserta korban tajaan ARIM tersebut.

Seramai lebih kurang 110 orang tenaga kerja turut serta menjalankan ibadah korban yang terdiri daripada kakitangan ARIM, LZS dan pihak masjid serta orang kampung setempat.

amanahraya investment management

Ketua Pegawai Eksekutif ARIM, Mohamad Shafik Bin Badaruddin dalam kenyataannya berkata, ‘program CSR ini diadakan bertujuan untuk, memupuk nilai-nilai murni dan sifat kemasyarakatan dalam konteks memberi dan menerima, selain dapat mengeratkan ikatan silatulrahim dalam kalangan penyumbang dan penerima sumbangan apabila semua yang hadir bergotong–royong melakukan ibadah korban.’

amanahraya investment management

Hadir sama dalam program tersebut ialah Encik Ahmad Fadhil Bin Hasan, Ketua Pegawai Operasi LZS, Encik Mohd Razlan Mohamed, Pengerusi ARIM, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengurus Besar Kumpulan AmanahRaya dan Ketua Pegawai Eksekutif ARIM, Mohamad Shafik Bin Badaruddin.