Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Cuaca Buruk Di Kebanyakan Kawasan Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan hingga 2 pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Rompin, manakala Selangor membabitkan daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Di Sarawak, daerah terlibat adalah Sri Aman, Sibu (Kanowit), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Miri (Miri).
“Manakala di Sabah, daerah terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Wanita Rusia Dedah Perkara Yang Hanya ‘Masuk Akal’ Di Malaysia
BACA: Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia
BACA: Lelaki Indonesia Dedah Sebab Malaysia Negara ‘Aneh’
Sumber: METMalaysia