Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Cuaca Waspada: Hujan Lebat Dijangka Melanda Di Negeri Utara Dan Pantai Timur Semenanjung Sehingga 3 Dis

hujan lebat
Kredit: Google

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok (1 Dis) hingga Khamis (3 Dis).

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata negeri-negeri di utara yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Bagi negeri-negeri pantai timur yang terlibat pula adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Sumber: Bernama