Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 2 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini

amaran hujan lebat
Kredit Gambar: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di dua negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan negeri Perak iaitu di Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Dalam pada itu, hujan lebat juga diramal akan berlaku di Selangor, yang membabitkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Selain itu, MetMalaysia juga memaklumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut mengalami cuaca buruk itu.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

amaran hujan lebat
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia