Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 6 Negeri - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.
"Di Kedah, daerah terlibat adalah Padang Terap, Sik dan Baling, manakala Perak membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Di Kelantan pula, daerah terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh," maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching (Lundu), Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).
Manakala, Sabah pula membabitkan daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.