Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 7 Negeri, 3 Wilayah Hingga Malam

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan seluruh Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 7 malam ini.

Menurut kenyataan itu, kawasan terlibat merangkumi beberapa daerah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Hujan lebat di beberapa negeri

“Di Perak, amaran melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala Kelantan turut disenaraikan dalam amaran berkenaan.

“Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Amaran di Pahang pula membabitkan Bentong, Cameron Highlands, Raub dan Lipis.

“Sementara itu, di Selangor, kawasan yang disenaraikan ialah Hulu Langat, Gombak, Hulu Selangor, Petaling dan Sepang. WP Kuala Lumpur serta WP Putrajaya turut terlibat.

“Di Sarawak, amaran meliputi Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Sibu, Limbang, Miri, khususnya Baram, Telang Usan, Marudi dan Beluru; Bintulu melibatkan Tatau dan Sebauh; serta Mukah.

“Bagi Sabah, kawasan terlibat ialah Tawau, khususnya Lahad Datu; Pedalaman melibatkan Pensiangan, Membakut, Keningau, Tambunan, Kuala Penyu dan Sipitang; serta Pantai Barat melibatkan Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Sandakan, khususnya Tongod dan Telupid, selain WP Labuan,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Intipati
  • METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam.
  • Amaran meliputi tujuh negeri serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di seluruh negara.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi METMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan