Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Tengah Hari Ini

LEBAT
Kredit: Bernama

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Tengah Hari Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MetMalaysia berkata, amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Pulau Pinang, serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terlibat di Kedah ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

Di Perak pula, amaran melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung, manakala di Kelantan hanya membabitkan daerah Gua Musang.

Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Sri Aman, Kapit (Kapit) serta Tatau di Bintulu.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh satu jam.

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa.